Pelajar, kanak-kanak diculik oleh tentera Zionis

NABLUS, 4 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 28 penduduk Palestin temasuk pelajar universiti dan kanak-kanak dari Tebing Barat malam tadi.

Pelajar universiti, Nusair Abu Thaber, diculik dari rumahnya di Beit Dajan, timur Nablus. Tentera Zionis turut memecah masuk rumah-rumah di bandar Ourata, timur Nablus, dan menculik seorang lagi pelajar universiti, Zuhdi Qawariq. Manakala bekas tahanan Samer Sharab diarah hadir ke sebuah pusat interogasi.

Empat pemuda lain diculik dari bandar Sebastiya di barat Nablus.

Pada masa yang sama, pertempuran sengit tercetus di bandar Beit Ummar, utara al-Khalil. Seramai sembilan penduduk, termasuk kanak-kanak Amro Arefat Zaaqiq, 16, dan Majdi Mursheq Awad, 14, diculik. Mangsa-mangsa lain adalah Muhammad Abed al-Athim Abu Tarek, Juwad Abu Aysha, Ibrahim Zeidan al-Rajbi, Mahmoud Abed al-Afu al-Amla, Abed al-Nasser Abu Mariah, 20, Qasi Ahmad Abu Hashem, 18, dan Salim al-Rajbi.

Tentera Zionis turut merampas sebuah kenderaan milik bekas tahanan Youssef Abu Hashem.

Manakala pelajar universiti Mahmoud al-Amlah diculik dari bandar Beit Ola, barat al-Khalil.

Sementara di Beit Lahm, tiga orang diculik iaitu Muhammad Fayez Salhab, Muhammad Ibrahim Najajra, dan bekas tahanan Raed Muhammad Ayyesh.

Di Baitulmaqdis, empat orang diculik dari bandar Hizma iaitu Abed Usama Khatib, Muhammad Thaer Abu Khalil, 17, Assem Nassif Said, 20, dan Jaber Ahmad Salah al-Din.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts