Pelajar Palestin jalani pembedahan selepas cedera diserang tentera Zionis

BAITULMAQDIS, 3 Dis 2020 — Seorang pelajar Palestin terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Hadassah hari ini, selepas cedera parah diserang ketika ditangkap oleh pasukan tentera Zionis pada 29 November lalu.

Ketika kejadian, Mohammad Monir Miqbil, 16, yang berasal dari kem pelarian al-‘Arroub berdekatan kota al-Khalil sedang berjalan menuju ke sekolah. Beliau diserang oleh beberapa orang askar Zionis, menyebabkan patah tulang rahang, luka parah dan lebam di seluruh badannya.

Walaupun beliau ditahan dalam keadaan cedera parah, tentera Zionis melarang keluarganya melawat dan Mohammad tetap digari di katil hospital.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts