KHARTOUM, 31 Mei 2016 (BHP) — Sebahagian daripada 30 orang pelajar perubatan Palestin tajaan masyarakat Malaysia yang sedang menuntut di Sudan telah mengadakan perjumpaan mahabbah bersama ahli jawatankuasa HALUAN Palestin, Abdul Halim Khudri.

“Dengan penuh besar hati, mereka mengucapkan terima kasih di atas bantuan rakyat Malaysia,” lapor Abdul Halim. Sebahagian besar daripada mereka merancang untuk melanjutkan pelajaran sehingga menjadi doktor pakar sebelum pulang berbakti di Palestin.

Para pelajar yang berasal dari beberapa daerah Palestin ini, termasuklah Gaza, al-Quds, al-Khalil, Jenin serta Nablus, mendapat tajaan kos sara hidup, tempat tinggal dan buku serta peralatan belajar hasil sumbangan anda. Yuran pengajian mereka ditaja oleh kerajaan Sudan.

Menurut Abdul Halim lagi, seramai 40 hingga 50 pelajar perubatan terpilih akan diambil dari Palestin setiap tahun untuk belajar di universiti-universiti di seluruh Sudan. “Salah satu kriteria pemilihan, setiap mereka mestilah seorang penghafal al-Quran,” terang Abdul Halim. Kini ada seramai 500 pelajar Palestin sedang melanjutkan pelajaran di Sudan.

“Semoga suatu hari nanti kita semua akan dapat bersua dan bersolat di Masjid al-Aqsa,” doa mereka untuk anda.

Sumbangan berterusan anda boleh disalurkan melalui

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

Semoga setiap bantuan dan doa anda menjadi amal soleh dan saham yang berganda di akhirat kelak.

SHARE