BAITULMAQDIS, 13 Feb 2018 — Beberapa gerombolan pendatang Yahudi bersama pelajar sekolah-sekolah Talmud menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi, dengan diiring oleh pasukan perisikan dan polis Zionis.

Mereka melakukan perarakan secara provokasi serta mengadakan perbincangan tentang apa yang mereka dakwa sebagai Kuil Yahudi yang kononnnya pernah berdiri di atas tapak suci umat Islam itu.

Para jemaah, pelajar dan penjaga yang sedang berada di masjid cuba menghalang para penceroboh berkeliaran di kawasan masjid dengan melaungkan takbir.

Kumpulan pelampau Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa hampir setiap hari bagi memberi tekanan supaya tapak suci itu dibahagikan di antara orang Islam dan kaum Yahudi mengikut kawasan dan waktu tertentu.

(Alray)

SHARE