Pelajar Tebing Barat Dedikasi Hari Pertama Persekolahan Untuk Rakan Di Gaza

NABLUS, 24 Ogos 2014 (Ma’an) — Kementerian Pelajaran Palestin memutuskan untuk mendedikasi hari pertama persekolahan sebagai semangat solidariti kepada rakan mereka di Gaza, di mana seramai 500,000 pelajarnya tidak dapat memulakan persekolahan akibat kemusnahan dan serangan berterusan oleh tentera Zionis.

Setiausaha Agung persatuan guru-guru di Nablus, Issam Dabaseh, menjelaskan bahawa kementerian telah membuat keputusan untuk membincangkan tentang serangan ke atas Gaza kepada 700,000 pelajar di Tebing Barat pada hari pertama persekolah sesi 2014-2015 yang bermula hari ini, Ahad.

Kelas persekolahan akan ditangguhkan pada jam 11:00 pagi bagi para guru dan pelajar menuju ke pusat bandar untuk mengadakan protes solidariti untuk penduduk Gaza.

Sebanyak 277 buah sekolah musnah atau rosak diserang tentera Zionis dan sekurang-kurangnya 565 orang pelajar telah terkorban. Menurut Issam Dabaseh lagi, walaupun sebahagian daripada sekolah tidak mengalami keroskan teruk, bangunan berkenaan mungkin tidak sesuai untuk digunakan memandangkan musim sejuk menjelang tiba.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts