Pelajar Yahudi diwajibkan lulus ujian ideologi perkauman

BAITULMAQDIS, 8 Jul 2019 — Rejim penjajah Zionis mewajibkan pelajar sekolah menengah lulus ujian yang mempromosi idelogi perkauman sebagai syarat untuk menyertai lawatan sambil belajar ke luar negara.

Laporan pertubuhan hak asasi Adalah menyebut bahawa ujian tersebut disediakan oleh pihak berkuasa pendidikan Zionis, di mana para pelajar perlu menonton beberapa siri video dan kemudian menduduki ujian aneka pilihan, di mana jawaban-jawaban yang betul menjurus kepada idelogi perkauman.

Antaranya, ujian tersebut menyoal “bagaimana pertubuhan-pertubuhan Palestin menggunakan jaringan sosial digital?” dengan pilihan jawapan yang betul adalah “menggalak keganasan”. Ia juga menyoal pelajar untuk mengenal pasti sumber kempen anti-Semitik, yang mana pilihan jawaban yang betul sebagai “Pertubuhan Islam” dan “kempen Boycott, Divestment, Sanctions (BDS).”

Pelajar juga diajar bahawa kempen anti-Semitik di Eropah meningkat kerana penghijrahan orang Islam dari Timur Tengah, Afrika, Pakistan dan Afghanistan ke benua tersebut.

(IMEMC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts