Pelajaran tentang Baitulmaqdis dari Rasulullah SAW

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita untuk berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah agar kita tidak kehilangan arah dan supaya ummat Islam tidak tersesat. Baginda SAW mengajar kepada kita untuk menghidupkan sunnahnya, terutama sunnah yang kini mulai ditinggalkan dan dilupakan di tengah-tengah kerosakan yang terjadi pada umat Islam. Banyak hal yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada kita. Namun, saudara-saudara sekalian, kali ini izinkan saya menyampaikan sedikit pelajaran dari Rasulullah SAW Baitulmaqdis.

Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk menyebut Baitulmaqdis dan bukan Al-Quds ataupun Palestin. Ini adlaah kerana Baitulmaqdis bukanlah sebuah kota, tetapi ia adalah wilayah geografi yang batas-batas kesuciannya telah diagungkan setelah Makkah dan Madinah. Dan sebagai sentralnya adalah Masjid al-Aqsa Al-Mubarak.

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita bahawa peristiwa Israk dan Mikraj yang terjadi di Baitulmaqdis merupakan model perubahan yang fundamental. Peristiwa penting yang terjadi 18 bulan sebelum hijrah di tengah perjalanan risalah dakwah beliau dan saat beliau mengalami masa yang perit.

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita bahawa Baitulmaqdis adalah tanah penuh harapan dan perjuangan.

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita bahawa untuk melahirkan perubahan adalah dengan melakukan kerja nyata untuk membebaskan Baitulmaqdis.

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita bahawa ilmu memimpin perubahan dan pembebasan (Baitulmaqdis).

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita tentang langkah strategik untuk membebaskan Baitulmaqdis. Strategi yang telah Baginda sendiri gariskan, baik strategi politik mahupun geo-politik.

Rasulullah SAW mengajarkan bahawa Baitulmaqdis adalah simbol ketinggian atau kemuliaan (izzah) Islam dan Muslimin, serta cerminan apakah kita penuh kemulisan ataukah kehinaan.

Kita belajar dari Rasulullah SAW bahawa tidak ada kemuliaan bagi umat Islam tanpa bebasnya Baitulmaqdis. Dengan demikian, jika Baitulmaqdis terjajah maka kita semua hakikatnya sedang dijajah.

Pelajaran lain dari Rasulullah SAW adalah adanya ‘pengembaran’ yang nyata antara Ka’bah Al-Musyarrafah di Makkah dengan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Pelajaran penting lain dari Rasulullah SAW adalah bahawa Baitulmaqdis akan dibebaskan dan “negara” Zionis akan lenyap.

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita bahawa Baitulmaqdis di masa depan akan menjadi ibukota peradaban Islam.

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita bahawa pembebasan dunia yang kedua akan bermula atau berangkat dari Baitulmaqdis.

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita bahawa kebangkitan umat Islam akan dimulai dari Baitulmaqdis.

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita bahawa ummat Islam akan merealisasikan mimpi sebagai teladan kepada dunia di Baitulmaqdis.

Inilah sedikit pelajaran yang Rasulullah SAW ajarkan kepada kita tentang Baitulmaqdis. Sebagai penutup, saya sampaikan bahawa kita harus melakukan sesuatu untuk membebaskan kembali Baitulmaqdis sebagai bentuk ketaatan (ittiba’) kita kepada sunahnya. Untuk mewujudkan perkara tersebut, mari kita meneladani langkah strategik yang telah Rasulullah SAW gariskan untuk membebaskan Baitulaqdis, iaitu ada tiga komponen utama:
– Persiapan ilmu pengetahuan
– Persiapan politik
– Persiapan ketenteraan

Sayangnya kita masih melalaikan persiapan ilmu pengetahuan. Maka, jika ingin mencontoh Rasulullah SAW, kita harus kembali melakukan persiapan ilmu pengetahuan kerana, sebagaimana pelajaran dari Rasulullah, ilmu pengetahuan memimpin perubahan dan pembebasan.

* Bacaan ini adalah terjemahan daripada ceramah singkat Prof. Abdul Fattah El Awaisi, yang disiarkan di laman sesawang Sahabat al-Aqsha, Indonesia.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts