Pelampau Yahudi anjur pencerobohan al-Aqsa besar-besaran pada hari Aidil Adha

BAITULMAQDIS, 7 Ogos 2019 — Pertubuhan pelampau Yahudi, Kumpulan Bukit Haikal, menganjur dan menggesa diadakan pencerobohan secara besar-besaran ke atas Masjid al-Aqsa pada Hari Raya Aidil Adha.

Rancangan tersebut kononnya bagi meraikan ulang tahun pemusnahan kuil Yahudi. Pencerobohan akan bermula selepas para jemaah selesai menunaikan solat sunat Aidil Adha, dan akan berterusan selama tiga hari. Mereka juga mendesak pihak bersenjata Zionis supaya membantu menjayakan rancangan tersebut.

Selepas mereka mengumumkan rancangan tersebut, polis Zionis mula mengenakan sekatan ke atas penduduk Palestin yang ingin masuk ke tapak suci itu.

Sepanjang bulan Julai lalu, seramai 2,233 pendatang Yahudi telah dibawa menceroboh masuk perkarangan al-Aqsa oleh polis Zionis. Ia dilihat sebagai sebahagian daripada polisi Yahudisasi ke atas kota Baitulmaqdis dan cubaan menukar status quo kota suci itu.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts