AL-KHALIL, 3 Okt 2018 — Sebuah rumah penduduk Palestin di Kota Lama al-Khalil telah dibakar oleh kumpulan pelampau Yahudi malam tadi.

Bangunan empat tingkat milik Izeddin Sharabati itu terletak bersebelahan Masjid Ibrahimi, tidak jauh dari kawasan tentera di penempatan haram Abraham Avino. Kawasan tersebut diisytihar sebagai zon larangan tentera.

Keluarga Sharabati telah beberapa tahun tinggal di situ, tetapi akhirnya terpaksa keluar kerana diserang dengan balingan batu secara berterusan oleh kumpulan pengganas pendatang Yahudi.

(PIC, Maan, IMEMC)

SHARE