BAITULMAQDIS, 9 Apr 2019 — Puluhan pelampau dari kalangan pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi, dengan diiring ketat oleh pasukan polis Zionis.

Mereka diiring masuk melalui Pintu al-Maghareba dan berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu, sambil mendengar syarahan tentang kuil dan cuba melakukan ritual Talmud.

Kumpulan-kumpulan pelampau Yahudi menyeru pengikut mereka menceroboh masuk secara besar-besaran pada pagi ini, pada hari pilihanraya Zionis, untuk mendesak pemimpin-pemimpin politik mereka membahagikan Masjid al-Aqsa dan menutup semula dewan solat Bab ar-Rahma selama-lamanya.

(PIC, Maan)

SHARE