BAITULMAQDIS, 9 Sep 2018 — Lebih 150 pelampau Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan dipimpin oleh Menteri Pertanian Zionis, Uri Ariel, dan dikawal ketat oleh pasukan keselamatan pagi semalam.

Para penceroboh berarak di perkarangan tapak suci sambil melakukan ritual Talmud dan mendengar syarahan tentang kuil Yahudi yang didakwa pernah dibina di situ.

Dalam pada itu, pekerja Jabatan Wakaf, Raed Abu al-Thaer, ditangkap oleh polis Zionis ketika beliau sedang bertugas membersihkan kawasan masjid.

Dua orang remaja perempuan Palestin turut ditangkap ketika berada di perkarangan masjid, tanpa sebarang alasan.

Sebelumnya, seorang leftenan askar Zionis mencetus kemarahan para jemaah apabila berjalan di tengah-tengah perkarangan tapak suci dengan membawa sebotol arak yang dihadiahkan oleh pendatang Yahudi.

(IMEMC)

SHARE