Pelampau Yahudi Rancang Ceroboh Al-Aqsa Untuk Perayaan Purim

AL-QUDS, 2 Mac 2015 (IMEMC) — Kumpulan-kumpulan pelampau Yahudi yang dikaitkan dengan “Groups for the Temple Compound” menyeru penyokong mereka menyertai usaha menceroboh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa pada hari Rabu dan Khamis depan bagi merayakan hari Purim.

Kumpulan tersebut telah menghantar seruan mereka melalui laman sosial media, supaya menceroboh masuk kawasan masjid dan melakukan ritual “Talmud” di situ. Beberapa kumpulan pelampau dijangka memimpin kempen ini, termasuklah “Trustees of the Temple”, “Women for the Temple”, “Students for the Temple”, “Third Temple Institute”, “Rabbis of Kiryat Arba”, dan beberapa lagi pemimpin politik dan kumpulan-kumpulan Yahudi.

Kanak-kanak Yahudi merayakan hari Purim pada tahun 2013.
Kanak-kanak Yahudi merayakan hari Purim pada tahun 2013.

 

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts