BAITULMAQDIS, 11 Mac 2018 — Pertubuhan pelampau pendatang Yahudi, Ateret Cohanim, hari ini menyerahkan perintah kehakiman kepada keluarga Ouda supaya mengosongkan bangunan rumah mereka di kejiranan Batn al-Hawa di selatan Masjid al-Aqsa.

Ateret Cohanim mendakwa bangunan empat tingkat yang didiami oleh 50 orang ahli keluarga Ouda itu dibina di atas tanah yang dimiliki oleh penduduk Yahudi sejak sebelum tahun 1889.

Keluarga terbabit diberi tempoh 30 hari untuk membuat bantahan dan membuktikan hak pemilikan tanah.

Tanah itu dibeli oleh keluarga Ouda pada tahun 1970-an, dari seorang penduduk Silwan yang menjadi pemiliknya sejak 1950-an. Mereka tinggal di situ sejak lebih 20 tahun, dengan mendapat permit binaan dari rejim Zionis.

Kawasan tanah tersebut merupakan sebahagian daripada rancangan Ateret Cohanim untuk merampas tanah bagi penempatan Yahudi. Sejak September 2015, sekitar 70 keluarga Palestin mendapat perintah mengosongkan kediaman mereka di kejiranan tersebut.

(PIC)

SHARE