Pelampau Yahudi sekat barangan dan minyak ke Gaza

GAZA, 11 Nov 2018 — Puluhan pelampau dari kalangan pendatang Yahudi menyekat lori-lori kargo dan tangki minyak memasuki Gaza, selepas mereka menutup laluan menuju ke pintu lintasan sempadan Karem Abu Salem pagi tadi.

Lori-lori terbabit membawa bekalan makanan, minyak dan juga bahan binaan.

Sejak awal pagi ratusan buah lori beratur berdekatan pintu lintasan dalam wilayah Gaza, menunggu ketibaan barangan untuk dipunggah.

Rejim Zionis dan sekutunya mengenakan sekatan udara, darat dan laut ke atas Gaza sejak tahun 2007, menjadikan wilayah tersebut sebagai sebuah penjara terbuka yang terbesar di dunia.

(PIC, Maan, IMEMC, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts