Pelampau Yahudi Serang Kanak-Kanak Al-Khalil

settlersAL-KHALIL, 14 Sept 2014 (IMEMC) — Dua kanak-kanak Palestin dikejarkan ke sebuah hospital kerajaan di al-Khalil selepas diserang oleh sekumpulan pelampau Yahudi petang semalam.

Insiden yang berlaku di kawasan kejiranan Bani Dar di bandar lama al-Khalil itu menyaksikan Mohammad Makram Nawaj’a, 10 tahun, dan ‘Odai Nasser Edrees, 12 tahun. diserang dengan semburan lada.

Pendatang Yahudi kebelakangan ini mula menganjurkan aktiviti perarakan yang menghasut di sekitar kawasan bandar lama al-Khalil pada setiap petang hari Sabtu, dengan dikawal ketat oleh tentera Zionis. Mereka juga sering menyerang penduduk Palestin ketika mengadakan aktiviti tersebut.

Seramai 800 orang pendatang Yahudi tinggal di al-Khalil berbanding dengan seramai 250,000 orang Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts