Pelampau Yahudi Seru Pencerobohan Masjid Al-Aqsa Sempena Perayaan Mereka

AL-QUDS, 11 Sep 2015 (PIC) — Pertubuhan pelampau Yahudi, Tempel Mount Organization, menyeru penyokong mereka supaya menyertai pencerobohan masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa sempena sambutan tahun baharu Yahudi.

Pertubuhan tersebut memberi jaminan bahawa pencerobohan akan dilakukan dengan dikawal oleh pasukan polis bersenjata, di mana penjaga masjid dan mereka yang mengikuti kelas pengajian al-Quran akan dilarang memasuki masjid suci tersebut dalam tempoh yang lama.

Polis Zionis mengetatkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dengan mengepung kawasan tersebut menggunakan sekatan besi dan menghalang penduduk Palestin memasuki kawasan masjid, terutama kaum wanita.

Ketua Hal Ehwal Al-Quds, Ahmad Qurei, dalam kenyataan beliau memberi amaran kesan serius ke atas perancangan rejim Zionis untuk membahagikan Masjid al-Aqsa di antara orang Islam dan Yahudi, sebagaimana yang telah mereka lakukan ke atas Masjid Ibrahimi di Al-Khalil.

Menurut Ahmad Qurei, rejim Zionis kini mengeksploitasi sepenuhnya suasana gawat yang sedang berlaku di wilayah Arab dengan meningkatkan langkah Yahudisasi ke atas Al-Aqsa serta merampas kuasa ke atas tempat suci umat Islam itu. Beliau juga menolak tindakan Menteri Pertahanan Zionis, Moshe Yaalon, yang mengharamkan kelas-kelas al-Quran di Masjid al-Aqsa dan menghalang wanita daripada memasuki kawasan masjid.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts