Pelarian Palestin di Syria bertarung untuk hidup

LONDON, 19 Sep 2016 (PIC) — Badan Bertindak bagi Pelarian Palestin di Syria melahirkan kebimbangan terhadap tragedi yang dilalui oleh pelarian Palestin di bandar Qudsiya, Syria, akibat disekat sejak setahun lalu dan sering menjadi sasaran serangan.

Pelarian yang masih bertahan di Qudsiya menderita dalam keadaan kehabisan bekalan makanan serta terputus bekalan air dan elektrik. Di samping masalah tidak mempunyai pekerjaan, ramai keluarga Palestin di sini juga tidak mempunyai tempat tinggal.

Kedaaan menjadi semakin buruk apabila tentera rejim Bashar memaksa pelarian Palestin berpindah dan mengarahkan mereka menyertai pasukan tentera rejim.

Asalnya, sebanyak 6,000 keluarga pelarian Palestin berteduh di bandar Qudsiya. Kini lebih 250,000 pelarian bertahan di situ, kebanyakannya mereka yang lari meninggalkan kem pelarian Yarmouk di Damaskus.

Dalam perkembangan berkaian, keluarga pelarian Palestin yang mati didera oleh tentera rejim mendesak supaya jenazah mereka diserahkan kepada keluarga. Terdapat dakwaan bahawa pegawai rejim terlibat dalam jaringan penyeduludan organ yang dicuri dari mereka yang terbunuh akibat didera.

Badan bertindak itu merekodkan 3,341 kes pelarian Palestin yang terbunuh di Syria, di mana 451 orang daripadanya mati kerana didera dalam tahanan rejim.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts