Pelarian Palestin sertai penduduk Syria lari dari Damaskus

DAMASKUS, 5 Apr 2016 (PIC) — Pertempuran sengit di antara pasukan pengganas Daesh dan kumpulan bersenjata pembangkang memaksa ratusan pelarian Palestin di selatan Syria berhijrah ke Wadi Yarmouk, al-Ajami, dan al-Muzeireeb demi menyelamatkan nyawa.

Kenyataan Kumpulan Bertindak Bagi Pelarian Palestin di Syria menyebut bahawa sebahagian daripada pelarian kini tidak lagi mempunyai tempat kediaman, manakala ramai yang lain masih berkeliaran di jalanan untuk mencari tempat berlindung bagi anak-anak mereka yang kelaparan. Kejadian ini dilihat sebagai satu episod baharu “Nakba” ke atas rakyat Palestin.

Kumpulan bertindak itu turut mendedahkan bahawa seramai 338 orang pelarian Palestin yang berada di wilayah Deera telah terbunuh. Seramai 196 kanak-kanak turut terkorban, di mana 107 daripadanya menjadi mangsa serangan bom, 21 ditembak, 17 terkorban dalam serangan bom kereta dan 24 yang lain menjadi mangsa sekatan dan tidak mendapat rawatan perubatan.

21 pelarian Palestin terkorban akibat dilemaskan, seorang didera sehingga maut, seorang yang lain dibakar hingga mati, seorang dijerut hingga mati dan seorang lagi dibunuh sejurus selepas diculik.

Sekurang-kurangnya 3,194 pelarian Palestin terkorban sejak tercetusnya peperangan di Syria.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts