DAMASKUS, 18 Jun 2017 (Alray) — Badan Bertindak bagi Pelarian Palestin di Syria melaporkan seorang pelarian Palestin, Burhan Khayat, telah meninggal dunia manakala puluhan yang lain cedera dalam satu serangan di pinggir kem pelarian Deraa’ di selatan Syria.

Tentera Syria dilaporkan menyerang kem tersebut dan kawasan sekitarnya dengan tembakan meriam dan bom kluster, memusnahkan banyak bangunan.

Pelarian di kem tersebut sedang berhadapan dengan krisis kesihatan yang meruncing apabila pusat-pusat perubatan menjadi sasaran serangan.

SHARE