Pelawat Penjara Israel Kalangan Wanita Al Quds diarah Berbogel

wanita palestin6 Sept – Sebuah penjara ketenteraan Israel Aufar di Tebing Barat didapati melakukan tindakan yang sangat tidak bertamadun. Pihak pengurusan penjara di sana memaksa para wanita Palestin dari Al-Quds dan Tebing Barat untuk berbogel sebagai syarat untuk menemui sanak saudara mereka yang berada di sel penjajah Israel.

Pusat Keadilan Perundangan Palestin dalam suratnya meminta pihak berkuasa penjara-penjara Israel dan pihak Penjara Aufar untuk segera menghentikan perilaku binatang itu. Dalam isu yang memalukan itu, seorang peguam wanita dari sebuah lembaga yang berkedudukan di Palestin 48 itu telah mengirimkan surat atas nama wanita-wanita Palestin Al-Quds. Menurut peguam itu, mereka terpaksa membatalkan niat untuk bertemu sanak keluarga kerana ada syarat yang sangat menjijikan dan menghinakan itu.

Dalam surat itu dikatakan, dua orang wanita Palestin telah pergi ke Penjara Aufar untuk menziarahi saudaranya. Setelah keduanya diperiksa secara ketat oleh pengawal penjara, salah seorang pengawal tersebut meminta keduanya untuk masuk ke sebuah ruangan sebelah dan mengarahkan mereka untuk berbogel. Kedua wanita Palestin itu menemukan sebuah tingkap yang memanjang ke ruangan lainnya. Beberapa detik kemudian terdengar suara wanita Israel melalui alat pembesar suara memberikan perintah agar keduanya melucuti semua pakaiannya. Justeru kedua wanita Al-Quds itu pun menolak mentah-mentah arahan tersebut. Israel sendiri berdalih bahawa perkara itu adalah untuk pemeriksaan mendalam agar pengunjung penjara betul-betul diperiksa dengan rapi. Kedua wanita AL Quds telah membatalkan hasrat untuk menziarahi saudara mereka.

Menurut lembaga itu, peristiwa yang dialami kedua wanita itu bukan hanya sekali, namun berulang-ulang dan dilakukan kepada wanita-wanita dari Al-Quds Timur dan Tebing Barat. Akhirnya, ramai dari mereka lebih memilih pulang ke rumah daripada terpaksa berbogel dan mereka terpaksa melupakan hasrat menemui orang tersayang di penjara tersebut.(milyas/qudspress)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts