Peluang Terakhir Untuk Perjanjian Damai

abo_laila_qais_abuKAHERAH, 11 Ogos 2014 (Maan | IMEMC) — Delegasi Palestin di sini memberitahu pihak mediator Mesir bahawa tempoh tiga hari akan datang merupakan peluang terakhir untuk mencapai sebarang persetujuan damai yang menyeluruh dengan rejim Zionis.

Timbalan Ketua Setiausaha Barisan Demokratik Bagi Pembebasan Palestin (DFLP), Qays Abu Layla, memberitahu bahawa kesemua repon oleh pihak Zionis terhadap inisiatif gencatan senjata adalah negatif, di mana wakil-wakil Zionis cenderung supaya semua pihak kembali kepada keadaan seperti sebelum meletusnya peperangan.

“Delegasi Zionis tidak membawa apa-apa yang baharu dalam pertemuan Khamis lalu. Mereka bercakap tentang jenis dan kuantiti komoditi yang akan dibenarkan dibawa masuk ke Gaza, dan juga isu berkenaan perniagaan dan isu-isu kecil yang lain. Respon mereka adalah benar-benar negatif, dan dengan itu kita menolaknya,” kata Abu Layla.

Delegasi Palestin menuntut supaya dihentikan sekatan ke atas Gaza, dibebaskan para tahanan Palestin yang ditahan semula, pembinaan semula Gaza, pembinaan pelabuhan dan lapangan terbang, penghapusan zon penampan dan perluasan zon tangkapan ikan.

“Delegasi Zionis memberitahu pihak Mesir bahawa isu pelabuhan dan lapangan terbang adalah di luar pertimbangan sama sekali. Berkenaan dengan tuntutan lain, mereka tidak membawa apa-apa yang baharu,” jelas wakil DFLP itu.

Rejim Zionis pula mendesak supaya pihak Palestinian Authoruty (PA) diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam mengawal semua lintasan Gaza. Menurut Abu Layla, Hamas tidak mempunyai masalah dengan kehadiran anggota keselamatan PA.

Kata Abu Layla lagi, pihak Mesir juga tidak membuat sebarang cadangan yang jelas berkenaan lintasan Rafah, tetapi mereka akan memberi perhatian utama kepada isu keselamatan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts