Pembunuh Muataz tidak akan dikenakan tuduhan jenayah

BEIT LAHM, 18 Mei 2017 (Maan) — Pendatang Yahudi yang membunuh pemuda Palestin Muataz Hussein Hilal Bani Shamsa, 23, dan mencederakan empat yang lain termasuk seorang jurnalis di Huwara, berdekatan kawasan penempatan haram Itamar di Nablus, tidak akan dikenakan tuduhan membunuh oleh pihak polis Zionis.

Muataz ditembak mati dalam perarakan solidariti tahanan mogok lapar, manakala seorang jurnalis Associated Press cedera ditembak dan tiga lagi penduduk Palestin cedera apabila pendatang terbabit merempuh sebuah ambulan.

Pembunuh tersebut membuat laporan di balai polis Zionis kononnya peserta perarakan cuba membunuh beliau. Beliau turut merempuh sebuah ambulan Bulan Sabit Merah Palesti yang sedang bergegas ke lokasi Muataz ditembak.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts