Pemimpin Arab Badwi di Al-Araqeeb Dihukum Penjara 10 Bulan

BEER SHEBA, 25 Dis 2017 — Mahkamah Zionis di Beer Sheba hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan ke atas pemimpin Badwi Arab di perkampungan al-Araqeeb, Sayah al-Touri, 68, dan mengusir beliau keluar dari perkampungan tersebut.

Sayah turut dikenakan denda sebanyak 36,000 shekel (RM43,115).

Beliau dikenakan 18 pertuduhan, termasuk merosakkan “harta negara”. Rejim ZIonis selama ini berusaha memaksa Sayah keluar dari tanahnya, tanpa memberi peluang kepada beliau untuk membuktikan hak milik tanah tersebut.

Al-Araqeeb merupakan satu daripada lebih 35 buah perkampungan Arab Badwi di kawasan Gurun Naqab yang “tidak diiktiraf” oleh rejim Zionis. Ia telah dimusnahkan sebanyak 120 kali sejak tahun 2010, atas alasan penduduknya tidak mempunyai permit pembinaan. Namun penduduk membina semula rumah dan kemah mereka setiap kali selepas dirobohkan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts