Pemimpin Badwi al-Araqeeb dijatuhkan bersalah mencabul “harta negara”

BEERSHEBA, 7 Sep 2017 — Mahkamah Majistret Zionis di Beersheba semalam menjatukan hukuman bersalah ke atas ketua masyarakat Badwi di perkampungan al-Araqeeb, Sheikh Sayah Al-Turi, ataus tuduhan mencabul “harta negara” Zionis di kawasan Gurun Naqab.

Keputusan tersebut mencetus kebimbangan bahawa penduduk Palestin yang lain akan turut didakwa dan didenda, serta rumah-rumah mereka akan diroboh bagi tujuan merampas tanah mereka.

Perkampungan al-Araqeeb yang didiami oleh 22 keluarga adalah salah satu daripada 35 buah perkampungan Badwi di Gurun Naqab yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis.

Sekitar 80,000 orang Badwi yang mendapat hak kerakyatan Israel tinggal di perkampungan-perkampungan terbabit dengan tidak diberi kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, serta kemudahan pendidikan dan kesihatan.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts