Pemimpin Dewan Perniagaan Baitulmaqdis ditangkap kerana anjur program iftar

BAITULMAQDIS, 10 Jun 2018 — Polis Zionis petang semalam menangkap Ketua Dewan Perniagaan Baitulmaqdis, Kamal Obeidat, dan timbalannya Raed Sa’ada kerana menganjur satu program iftar (berbuka puasa) untuk jurnalis.

Pasukan polis bersama badan perisikan menyerbu dan mengepung Hotel Baitulmaqdis, dan memaksa semua orang keluar sebelum mengeluarkan arahan mengharamkan majlis iftar Ramadan di situ.

Pihak berkuasa rejim Zionis secara berperingkat cuba mengharamkan majlis-majlis yang dianjurkan oleh penduduk Palestin di kota Baitulmaqdis, didorong oleh tindakan Amerika mengisytihar kota suci umat Islam itu sebagai ibukota rejim.

Dalam kejadian lain, pihak perbandaran Zionis pagi tadi merampas peralatan dari kedai-kedai milik peniaga Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis, atas tuduhan peralatan terbabit di bawa masuk tanpa kebenaran.

Ramadan lazimnya membawa peluang kepada peniaga Palestin di Baitulmaqdis memulihkan ekonomi kota suci itu. Namun sekatan ketat yang dikenakan oleh rejim Zionis menyebabkan keadaan pasaran di situ tidak berubah.

Antaranya, rejim Zionis mengharamkam wanita Palestin dari perkampungan-perkampungan berdekatan menjual hasil pertanian dan kraftangan di Baitulmaqdis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts