AL-QUDS, 12 Sep 2017 — Pihak berkuasa rejim Zionis hari ini mengeluarkan arahan mengharam Setiausaha Agung pergerakan Fatah di al-Quds, Shadi Mutawar, daripada memasuki Masjid al-Aqsa selama enam bulan.

Pengharaman tersebut berkuatkuasa 11 September sehingga 8 Mac 2018.

Sepanjang bulan Ogos lalu, seramai 12 penduduk Palestin dikenakan larangan memasuki Kota Lama al-Quds dan Masjid al-Aqsa.

SHARE