Pemimpin Zionis akan desak ubah status quo Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 8 Nov 2016 (PIC) — Ketua Parlimen dan tiga menteri Zionis, termasuk Menteri Keselamatan Dalam Negeri Gilad Menashe Erdan, dalam satu perbahasan di persidangan Zionis berkata mereka akan berusaha untuk mengubah status qou Masjid al-Aqsa atas alasan status terkini tapak suci itu merupakan satu kezaliman ke atas bangsa Yahudi.

Persefahaman Israel-Jordan pada tahun 1993 memberi hak mutlak kepada kerajaan Jordan ke atas tapak-tapak suci di al-Quds, termasuk Masjid al-Aqsa.

Persidangan yang diadakan di parlimen dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen fanatik Yehuda Glick itu membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan pencerobohan ke atas Masjid al-Aqsa.

Mereka turut mendesak supaya Ahli Parlimen Yahudi dibenarkan masuk ke dalam Masjid al-Aqsa serta semua pintu-pintu al-Aqsa dibuka kepada bangsa Yahudi. Lazimnya pendatang Yahudi menceroboh masuk melalui pintu al-Magharibah, yang dikawal sepenuhnya oleh pasukan keselamatan Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts