Pemuda al-Quds ditahan kerana disyaki menghasut di Facebook

BEIT LAHM, 13 Jun 2016 (Maan) — Polis penjajah Zionis menangkap seorang pemuda Palestin dari kem pelarian Shufat di al-Quds Timur kerana disyaki menghasut keganasan dan dituduh menyokong Hamas melalui laman web media sosial.

Pemuda tersebut ditahan pada 6 Jun lalu apabila didapati memaparkan gambar-gambar dan teks yang memuji aktiviti Hamas sejak 18 bulan lalu, di samping menyatakan sokongannya kepada Intifadah untuk membebaskan al-Quds. Paparan beliau dikatakan mendapat 270,000 komen dan reaksi daripada pengikut laman Facebooknya.

Tahanan ke atas beliau dilanjutkan semalam, di mana pendakwaan dijangka dibuat dalam beberapa hari lagi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts