BAITULMAQDIS, 26 Jun 2018 — Tentera Zionis menangkap semula pemuda Mahmoud Abdul Latif, 27, dari Kota Lama Baitulmaqdis sejurus selepas dibebaskan dari penjara Galbao.

Beliau ditangkap di pintu pagar penjara Galbao dan dipindahkan ke penjara al-Maskobiya.

Mahmoud ditangkap pada 20 Februari 2017, dan dijatuhkan hukuman penjara selama 17 bulan atas tuduhan terbabit dalam kumpulan Pemuda Masjid al-Aqsa.

Sebelum itu, beliau pernah ditahan dalam penjara Zionis selama beberapa tahun atas tuduhan terlibat dalam aktiviti-aktiviti di Masjid al-Aqsa.

(PIC)

SHARE