BAITULMAQDIS, 15 Apr 2018 — Polis penjejah Zionis hari ini membebaskan tahanan Mohamed Derbas selepas beliau tamat menjalani hukuman penjara selama 16 bulan, namun beliau diarah hadir semula ke pusat interogasi al-Maskubiya hanya beberapa jam selepas itu.

Pasukan polis dan perisikan Zionis menyerbu rumah keluarga Mohamed di daerah Issawiya di timur Baitulmaqdis, dan melarang keluarganya mengadakan sebarang upacara kesyukuran atau perhimpunan meraikan pembebasan beliau.

Seorang pegawai polis Zionis mengarahkan keluarganya membuat akuan bertulis untuk tidak menerima tetamu, mengibar bendera atau memasang sepanduk bagi meraikan Mohamed, namun keluarganya menolak arahan tersebut. Pegawai terbabit kemudian mengeluarkan arahan supaya Mohamed hadir ke balai polis Zionis di barat Baitulmaqdis untuk diinterogasi.

(PIC)

SHARE