Pemuda cedera parah ditembak tentera Zionis di Ramallah

RAMALLAH, 1 Mac 2018 — Seorang pemuda Palestin cedera parah terkena tembakan dua butir peluru hidup di bahagian dada dan bahunya di kem pelarian Am’ari, selatan kota al-Biereh berdekatan Ramallah.

Mangsa yang masih belum dikenal pasti itu dikejarkan ke Pusat Rawatan Palestin di Ramallah dalam keadaan kritikal dan terus dihantar untuk pembedahan.

Kenderaan peronda tentera Zionis menyerbu kem pelarian Am’ari sebelum Subuh pagi tadi, sehingga mencetus pertempuran dengan kumpulan pemuda Palestin. Ramai pemuda-pemuda lain mengalami sesak nafas.

(Maan, IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts