Pemuda Gaza adakan demonstrasi kecam tragedi Aleppo

GAZA, 3 Mei 2016 (PIP) — Puluhan pemuda hari ini mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat PBB di Gaza bagi mengecam kejahatan yang dilakukan oleh rejim Bashar Assad ke atas penduduk awam Syria khususnya di Aleppo.

Penduduk Aleppo diganyang dengan ledakan bom tentera udara Asad dan Rusia sejak 21 April lalu, dalam kempen serangan yang paling dahsyat pernah disaksikan sehingga memusnahkan hospital, pasar dan bangunan tempat tinggal serta mengorbankan lebih 250 orang dan mencederakan lebih 400 yang lain. Bahkan Dewan Syariah Aleppo buat pertama kali sejak 1,000 tahun menfatwakan penangguhkan solat Jumaat di masjid-masjid seluruh Aleppo kerana bimbang para jemaah menjadi sasaran serangan.

Wakil pemuda Gaza, Said Syuaib, menyebut, “Kami di sini ingin membangkitkan nurani yang sedang tidur. Kami menyeru Liga Arab segera bergerak menyelamatkan rakyat Syria.”

PBB dan masyakarat dunia sehingga kini masih bersikap membisu terhadap kezaliman yang berterusan di Syria.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts