Pemuda Gaza berjaya ceroboh pos tentera Zionis

GAZA, 23 Mei 2018 — Kumpulan pemuda Palestin dari Gaza hari ini berjaya menyusup pagar sempadan dan menceroboh sebuah pos tentera Zionis di timur kem pelarian Bureij, buat kali kedua dalam tempoh kurang 24 jam.

Empat pemuda tersebut dilaporkan membakar beberapa buah bilik yang digunakan oleh tentera Zionis. Mereka dengan mudah selamat kembali ke Gaza.

Sebelumnya, sekumpulan pemuda Gaza membakar sebuah kemah yang digunakan oleh penembak tepat tentera Zionis untuk menyerang peserta perhimpunan Great Return March. Beberapa jam selepas kejadian, tentera udara Zionis mengebom dua buah bot di pelabuhan Gaza dan sebuah pengkalan mujahidin di utara wialayh terkepung itu.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts