Pemuda Kafr Qasim terkorban dalam pertempuran dengan polis Zionis

NAZARETH, 6 Jun 2017 (PIC) — Seorang pemuda Palestin meninggal dunia akibat cedera parah dalam pertempuran dengan polis Zionis di bandar Kafr Qasim, timur kota Tel Aviv, malam tadi.

Beliau dikejarkan ke Hospital Beilinson di Petah Tikva, di mana pada doktor gagal menyelamat nyawanya.

Penduduk Palestin di Kafr Qasim mengadakan perhimpunan membantah sikap pihak berkuasa yang tidak mengambil peduli kes-kes pembunuhan di bandar tersebut. Pertempuran tercetus di mana beberapa buah kereta polis terbakar dan ramai penduduk cedera.

Kafr Qasim pernah menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1956 apabila pasukan polis Zionis membunuh 49 orang penduduk, termasuk 23 kanak-kanak.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts