Pemuda Palestin cedera ditembak pendatang Yahudi

AL-KHALIL, 16 Mei 2018 — Seorang pemuda Palestin cedera ditembak oleh seorang pendatang Yahudi di kawasan Khirbat Qalqas di selatan wilayah al-Khalil malam tadi.

Bilal Za’tari, 28, ditembak di bahagian lengannya selepas seorang pendatang yang memandu di tempat kejadian cuba melanggar beliau, tetapi gagal. Pendatang tersebut menghentikan kenderaan beliau dan melepaskan tembakan ke arah beberapa orang penduduk Palestin sebelum meninggalkan lokasi.

Beliau turut melepaskan tembakan ke arah kenderaan-kenderaan penduduk Palestin berdekatan laluan masuk Kirbat Qalqas, sebelum beredar.

Gerombolan besar tentera Zionis bergegas ke lokasi dan mengepug kawasan tersebut, dengan sangkaan tembakan tersebut telah dilakukan oleh penduduk Palestin.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts