Pemuda Palestin cedera parah ditembak, 4 diculik

BEIT LAHM, 5 Apr 2017 (PIC) — Pemuda Palestin Akram al-Atrash, 23, cedera parah ditembak dengan dua butir peluru di bahagian dada dan bahu, manakala empat lagi pemuda diculik dalam satu pertempuran ketika tentera Zionis menyerang masuk kem pelarian Duheisha di selatan Beit Lahm awal pagi tadi.

Akram dikejarkan ke Hospital Beit Jala dan kemudian dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Wilayah Palestin 1948 apabila keadaan beliau semakin teruk.

Pemuda Palestin dilaporkan membalas serangan tentera dengan membaling bahan letupan, bom Molotov dan batu. Tentera turut memecah masuk rumah penduduk di perkampungan Nahalin dan bandar Doha, di mana mereka menculik empat pemuda dari rumah mereka.

Petang semalam, tentera penjajah menyerbu selatan Beit Lahm dan mengepung perkampungan Khader dan Husan dengan membina sekatan jalan dan kemudian menculik seorang kanak-kanak, Mohamed Rashed al-Shaer, dari perkampungan Husan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts