Pemuda Palestin Cedera Parah Ditembak Berdekatan Universiti Birzeit

RAMALLAH, 8 Jan 2018 — Seorang pemuda Palestin cedera parah ditembak dengan peluru hidup di bahagian perut dalam serangan tentera Zionis berdekatan laluan masuk Universiti Birzeit di utara Ramallah.

Mangsa dikejarkan ke hospital, sementara beberapa yang lain dirawat di lokasi akibat kecederaan sesak nafas.

Tentera Zionis turut menyerbu perkampungan al-Mazra’a al-Gharbiyya yang terletak berdekatan Universiti Birzeit dan melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata, di samping membina sebuah sekatan jalan.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts