Pemuda Palestin dibunuh, jurnalis cedera ditembak pendatang Yahudi

NABLUS, 18 Mei 2017 (PIC) — Pemuda Palestin Muataz Hussein Hilal Bani Shamsa, 23, meninggal dunia manakala jurnalis Associated Press (AP) Majdi Eshtaiyeh cedera ditembak oleh seorang pendatang Yahudi dalam satu perarakan solidariti tahanan mogok lapar di bandar Huwara, selatan Nablus.

Seorang pendatang Yahudi mendekati perarakan tersebut dan terus melepaskan tembakan, mengena kepala Muataz. Pemuda dari bandar Beita di timur Nablus itu meninggal dunia di tempat kejadian. Majdi cedera ditembak di bahagian tangan ketika membuat liputan perarakan tersebut.

Tiga lagi penduduk Palestin cedera apabila pendatang Yahudi terbabit merempuh sebuah ambulan Bulan Sabit Merah Palestin dengan keretanya. Beliau terus menuju ke sebuah balai polis Zionis dan mendakwa para peserta perarakan cuba membunuh beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts