Pemuda Palestin dibunuh selepas dituduh merempuh pendatang Yahudi

BEIT LAHM, 19 Apr 2017 (Maan) — Pemuda Palestin Suhaib Moussa Mashour Mashahra, 21, ditembak mati oleh tentera Zionis berdekatan persimpangan Gush Etzion di selatan Beit Lahm selepas dituduh membuat serangan merempuh sehingga mencederakan seorang pendatang Yahudi tengahari tadi.

Beliau dituduh merempuh sebuah perhentian bas di persimpangan tersebut. Namun foto kejadian yang diterbitkan oleh media Zionis jelas menunjukkan kereta yang dipandu oleh Suhaib berlanggar dengan sebuah bas.

Suhaib yang berasal dari perkampungan al-Sawahira di al-Quds dikejarkan ke Pusat Perubatan Shaare Zedek sebelum beliau disahkan meninggal dunia bebrap jam kemudian.

Tentera Zionis menghalang pasukan kecemasan Palang Merah Palestin mendekati kawasan kejadian untuk membantu mangsa.

Tentera Zionis mengetatkan sekatan keselamatan di laluan-laluan masuk ke kota Beit Lahm dan menutup laluan masuk ke bandar Beit Fujjar.

 

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts