Pemuda Palestin diharamkan masuk al-Aqsa selama 40 hari

BAITULMAQDIS, 14 Ogos 2018 — Mahkamah Majistret Zionis semalam mengharamkan Malik Abu Sheineh, 21, daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk tempoh selama 40 hari.

Malik juga dikenakan ikat jamin sebanyak 1,000 Shekel dan dilarang berkomunikasi dengan rakan-rakannya untuk tempoh selama sebulan.

Beliau ditangkap dari rumahnya di Ras Amoud di daerah Silwan, selatan Masjid al-Aqsa, pada 9 Ogos lalu. Malik pernah ditangkap dan dipukul beberapa kali sebelum ini. Manakala abangnya Anas ditahan dalam penjara Zionis sejak tiga tahun lalu, setelah dijatukan hukuman penjara selama ima tahun.

(Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts