Pemuda Palestin ditangkap semula selepas dibebaskan dari penjara

BAITULMAQDIS, 18 Dis 2018 — Pasukan polis dan tentera Zionis menyerbu rumah pemuda Palestin di Baitulmaqdis Timur dan menangkap beliau bersama bapa dan beberapa orang ahli keluarganya, hanya beberapa jam selepas dibebaskan dari penjara pagi tadi.

Lebih 100 anggota polis dan tentera Zionis, termasuk mereka yang berpakaian preman, menyelinap masuk ke bandar al-Isawiya dan menggempur Anas Ali Dirbas di hadapan rumahnya. Beliau diculik dan dilarikan ke lokasi rahsia sebelum sempat masuk ke dalam rumah.

Bapanya Ali, 60, dan abangnya Mohammad bersama ahli-ahli keluarga yang lain Saeb Dirbas, Mohammad Amjad Dirbas, Majd Bashir, Mahmoud Abed Mahmoud dan Karim Atiya turut diculik. Tiga buah kenderaan mereka turut dirampas.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts