Pemuda Palestin ditembak mati apabila disyaki cuba menikam tentera Zionis

TULKAREM, 1 Feb 2016 (PIC) — Seorang pemuda Palestin ditembak mati pagi tadi apabila disyaki cuba membuat serangan untuk menikam tentera Zionis berdekatan kawasan penempatan haram Silut di selatan kota Tulkarem.

Ahmad Hasan Tobeh, 18 tahun, yang berasal dari perkampungan Kafr Jammal ditembak oleh tentera Zionis dari jarak dekat, di mana beliau meninggal dunia di tempat kejadian. Tidak ada sebarang kecederaan di pihak tentera penjajah.

Sejak awal Oktober lalu, tentera Zionis dan pendatang Yahudi telah membunuh sekurang-kurangnya 167 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts