Pemuda Palestin ditembak mati atas tuduhan cuba menikam askar

NABLUS, 15 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menembak pemuda Palestin, Elias Saleh Yassin, atas tuduhan beliau cuba menikam dua askar Zionis di kawasan industri Barkan, yang terletak di antara kawasan penempatan haram Ariel dan Burqan di kota Salfit.

Elias, 22, berasal dari perkampungan Bidya di barat Salfit. Beliau cedera parah dan meninggal dunia beberapa minit selepas ditembak. Namun tiada sebarang kecederaan ke atas anggota tentera Zionis.

Kenyataan beberapa orang saksi menyangkal tuduhan pihak tentera, kerana Elias melintas jalan seperti orang lain ketika dua orang askar sedang berkawal di situ. Apabila salah seorang askar terbabit memanggil Elias, rakannya askar terus menembak beliau tanpa menunggu jawapan daripadanya.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts