Pemuda Palestin ditembak mati selepas cuba bantu mangsa tembakan

BEIT LAHM, 21 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis menembak mati seorang pemuda Palestin di laluan masuk ke perkampungan al-Khader di Beit Lahm malam tadi, menjadikan beliau mangsa keempat yang dibunuh oleh tentera Zionis dalam tempoh kurang 24 jam.

Ketika kejadian, Ahmad Jamal Mahmoud Manasra memandu di belakang kereta keluarga Palestin yang ditembak oleh tentera di sekatan al-Nashash. Beliau bergegas keluar dari keretanya dan cuba membantu pasangan suami isteri yang cedera parah. Anak-anak pasangan tersebut turut berada dalam kereta ketika diserang.

Selepas cuba membantu, Ahmad Jamal, 26, berkejar semula ke keretanya untuk dialih dari atas jalan. Bagaimanapun, tentera Zionis melepaskan tembakan sengit sehingga Ahmad Jamal cedera parah.

Ahmad Jamal ditembak dengan peluru hidup di bahagian dada, bahu dan tangan. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Beit Jala.

Seorang penduduk lain turut tercedera parah dalam insiden tersebut dan dikejarkan ke Hospital al-Yamamah dalam keadaan kritikal. Sementara pasangan yang cedera sbeelumnya dikenali sebagai Alaa Giaza dan isterinya, yang berasal dari Nahalin.

Sebelum ini, tentera Zionis telah membunuh pemuda Omar Abu Laila di Ramallah, disusuli dengan pembunuhan dua pemuda Ra’ed Hashem Hamdan dan Zeid Emad Nouri di Nablus.

(PIC, IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts