Pemuda Palestin Ditembak Mati Selepas Langgar Askar Zionis


AL-KHALIL, 4 Nov 2015 (Maan) — Seorang pemuda Palestin ditembak mati selepas disyaki melakukan serangan dengan melanggar askar Zionis berdekatan persimpangan Halhul di utara Al-Khalil.

Ibrahim Skafi, 22 tahun, yang berasal dari kawasan Tulkarum dilaporkan ditembak oleh seorang askar di tempat kejadian apabila beliau melanggar dan mencederakan dua orang askar Zionis. Beliau ditembak dengan sekurang-kurangnya lima das tembakan, sungguhpun beliau telahpun cedera di dalam kenderaannya. Ambulan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dihalang daripada memasuki kawasan kejadian.

Susulan insiden tersebut, pertempuran tercetus di kawasan berkenaan dan tentera menutup jalan masuk ke Halhul dan Jalan Nabi Younis yang berdekatan, sekaligus menghalang laluan ke wilayah Bethlehem.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts