Pemuda Palestin mati ditembak dekat Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 22 Okt 2018 — Seorang pemuda Palestin meninggal dunia selepas ditembak oleh pasukan tentera penjajah Zionis di sebuah sekatan berdekatan Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil pagi tadi, atas alasan beliau cuba menikam anggota tentera.

Muhammad Maamar al-Atrash, 42, dibiarkan cedera dan berdarah, di mana tentera Zionis tidak membenarkan pasukan perubatan Palestin membantunya. Beliau kemudian dibawa ke Hospital Shaare Zedek.

Menurut keluarga mangsa, tentera Zionis kini menahan dan enggan menyerahkan jenazah bapa kepada tujuh orang anak itu. Rumah mereka turut dipecah masuk oleh pasukan tentera yang mengugut untuk merobohkannya.

Susulan kejadian, gerombolan besar tentera Zionis dikerahkan memgepung kejiranan Tel Rumeida dan Jalan al-Shuhadaa di Kota Lama al-Khalil.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts