Pemuda Palestin merengkok dalam penjara sejak 16 tahun

AL-QUDS, 15 Okt 2017 — Pemuda Ashraf Zagheir yang berasal dari kota al-Quds dikurung dalam penjara Zionis sejak 16 tahun lalu.

Ashraf, 39, yang merupakan seorang pereka fesyen telah diculik oleh tentera Zionis pada 14 Oktober 2002. Beliau melalui proses soal siasat yang sangat keras, atas tuduhan membantu penyerang anti-Zionis menaiki kenderaannya dan terkait dengan Briged Ezzedine al-Qassam.

Sebuah mahkamah Zionis menjatuhkan hukuman enam kali penjara seumur hidup atas tuduhan tersebut.

Ketika dalam penjara, Ashraf menjadi kawan rapat kepada pemimpin anti-penjajahan Maysara Abu Hamdiyeh sebelum beliau meninggal dunia dalam penjara Eshel. Di luar mahupun dalam penjara, Ashraf dikenali sebagai seorang yang tidak mementingkan diri sendiri, optimis, sentiasa bekerjasama, serta mempunyai daya hidup intelektual.

Ashraf adalah seorang lulusan Universiti Terbuka Israel. Beliau kini dikurung dalam penjara di gurun Nafha, sebuah penjara khusus bagi pesalah jenayah berat.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts