Pendapatan Per Kapita Gaza Kurang Satu Dolar Sehari

povertyGAZA, 30 Sept 2014 (PIC) — Pendapatan per kapita di Gaza merosot secara mendadak kepada satu dolar sehari, selepas serangan besar-besaran tentera Zionis baru-baru ini dan sekatan yang berterusan sejak hampir lapan tahun lalu.

Popular Committee Against the Siege mengesahkan bahawa ini merupakan kadar yang paling rendah dicatatkan sejak bermulanya sekatan ke atas penduduk Gaza pada tahun 2007. Manakala kadar pengangguran kini meningkat kepada 65 peratus.

Lebih satu setengah juta penduduk Gaza terpaksa bergantung kepada bantuan luar bagi mendapatkan keperluan harian.

Bagaimanapun bahan pembinaan kini menjadi keperluan kritikal bagi membina semula kemusnahan ribuan buah rumah, kilang, sekolah dan juga hospital. Rejim Zionis dilaporkan menghalang semua kemasukan bahan binaan dari luar, kecuali produk buatan negara haram itu.

Lebih 110 ribu penduduk Gaza kini bakal berhadapan dengan musim sejuk tanpa mempunyai tempat berteduh. Mereka juga berhadapan dengan ketiadaan bekalan air bersih dan bekalan elektrik yang akan mengeruhkan lagi keadaan di musim sejuk nanti.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts