Pendatang Yahudi Amona mula pindah ke penempatan haram baharu

BEIT LAHM, 28 Mac 2018 — Hanya setahun selepas dihalau keluar dari pos penempatan haram Amona, 25 keluarga pendatang Yahudi mula berpindah ke rumah-rumah baharu mereka di kawasan penempatan haram Amichai, iaitu penempatan haram yang dibina di Tebing Barat dengan kebenaran rejim Zionis buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun.

Upacara perasmian rumah-rumah mereka akan diadakan pada hari Isnin depan.

Pada tahun 2008, Mahkamah Agung Zionis menerima petisyen dari lapan orang penduduk Palestin supaya merobohkan penempatan pendatang Yahudi Amona, yang dibina di atas tanah persendirian penduduk Palestin. Sepertimana penempatan-penempatan lain, pembinaan Amona bukan sahaja mencabul undang-undang antarabangsa, bahkan juga undang-undang Zionis sendiri.

Mahkamah terpaksa akur dengan petisyen tersebut kerana dokumen bukti pembelian tanah oleh para pendatang disahkan sebagai palsu. Pendatang Yahudi dipaksa keluar dari kawasan tersebut mulai bulan Februari 2017.

Sebanyak 1,000 buah rumah akan dibina di penempatan haram Amichai, lengkap dengan jaringan bekalan elektrik, air dan kumbahan. Sementara penduduk Palestin sekitarnya dilarang membina infrastrukur bekalan elektrik dan air.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts