NABLUS, 24 Jun 2018 — Segerombolan pendatang Yahudi membakar lebih 300 pokok zaitun milik petani Palestin di barat daya Nablus, Tebing Barat.

Pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Hafad Gilad menerbangkan belon yang membawa bara api ke kawasan kebun terbabit di bandar al-Tal.

Tanaman zaitun merupakan industri utama penduduk Palestin di Tebing Barat.

(PIC, IMEMC)

SHARE